# Ditubuhkan pada Januari 1943.
# Tempat asal di tanah wakaf Masjid Kampung Sungai Manggis.
# Ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Haji Ibrahim b Mohd Akim (Ketua Kampung Sungai Manggis).
# Pada tahun 1945 pentadbiran sekolah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan Majlis Agama Islam Selangor sebagai
pengelolanya.
# 1959 sebahagian bangunan diruntuhkan kerana projek pembesaran Masjid Kampung Sungai Manggis. Bangunan baru dibina di
sebelah masjid berkenaan.
# Pada 4 Januari 1960 sekolah ini dinaiktaraf menjadi Sekolah Agama Menengah Khas.
# Pada 3 Januari 1976 sebuah bangunan baru dibina dan dikenali dengan nama Sekolah Arab Menengah Rendah Sungai Manggis.
# Pada 2 Januari 1976 nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Agama Menengah Rendah Sungai Manggis.
# Tahun 1985 Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM1.8 juta bagi membina bangunan sekolah yang baru.
# Pada 3 Januari 1985 projek ini siap dan sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Sungai Manggis (Berasrama).
# Pada 1 Disember 1988 satu projek kilat mengandungi 5 bilik darjah didirikan dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Kerajaan
Negeri Selangor.
# Tahun 1989 sekolah ini mula dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Tinggi Sungai Manggis yang menyediakan pembelajaran
dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan Enam Atas.
# Pada 14 Mei 1991 satu blok bangunan 5 bilik didirikan hasil usaha sekolah dan PIBG. Projek ini mendapat kerjasama pihak
tentera (Projek Askar Turun ke Desa).
# Pada 15 Ogos 1992 sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah mengambil sempena
nama Permaisuri Sultan Selangor.
# Perasmian pada 15 Ogos 1992 oleh DYMM Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah, Sultan Selangor.
# Sehingga tahun 2007, usia sekolah sekarang ialah 64 tahun